Monday, June 16, 2008

Penghayatan dan penghargaan

Dalam hidup ini,selalunye kita senantiasa ade perkara yangg belum mencukupi kehendak diri,sentiasa mahu benda lain,yang baru,benda yang sudah dimiliki bagaikan tidak cukup bagus. Manusia mana yang dapat lari dari keinginan ini?? Memang sudah jadi naluri kita untuk hendakkan sesuatu yang baru dan lebih baik-biarpun dari segi rupa,mahupun fungsi. Tetapi kadang-kadang aku rasa,kitorang ni seperti terlebih-lebih bile masok bab 'hendak sesuatu', contohnye knaikan harga barangan dan minyak sekarang ni... banyak yang menyuarakan rasa tidak puas atau lebih tepat mrungut... Tetapi hanya segelintir yang berusaha untuk mnyelesaikannya... Kan kalau kite nak sesuatu kan kite kena usaha,ntuk dpat tidur pun kite perlu berusaha-mane boleh tidur kalau kerja tidak diselesaikan lagi untuk hari itu.

Tadi dinyatakan tentang naluri manusia yang senantiasa menghauskan perkara-perkara duniawi yang baru. Tetapi berapa ramaikah dari manusia ini yang pernah berhenti fikirannya buat seketika dan benar-benar menghayati segala rezeki yang telah dilimpahkan oleh maha pencipta kita?? Rezeki dapat meneruskan hidup,kesihatan,dapat merasai dunia yang dicipta olehNya dengan apa sekalipun anggota.... Rezeki kekayaan-tidak perlu mrana mencari harta untuk menanggung hidup dunia,rezeki kemiskinan-jauh dari gejala gilakan harta benda dan perebutan harta.

Andai telah dihayati,berapa ramai pula yang pernah benar-benar menghargai ata mensyukuri segala rezeki limpah kurniaanNya??? Berapa ramai pernah bangun pagi dan terpikir Terima kasih kerana membenarkan ku hirup nafas di dunia ini sekali lagi. Ataupun pada waktu datangnya musibah dia berterima kasih,kerana musibah itu mungkin balasan dosa-dosa dia yang terdahulu dan juga mungkin satu ujian yang juga membenarkan kita membuat pahala,ataupun kedua-duanya.dan juga bersyukur kerana tidak ditimpa musibah yang lebih teruk.

Berapa ramai dari kita yang pernah meluangkan masa untuk menghayati dan menghargai segala limpah kurniaan tuhan??

Kemudian...,berapa ramai pula, yang menolong mereka yang susah,mereka yang terseksa, agar mereka-saudara kita dapat merasai,menghayati dan menghargai dunia-anugerah tuhan ini seperti mana kita dapat...
Andai dapat kau merasakan manisya buah epal,kenapa tidak dikongsi,agar kau dapat juga merasai manisnya pahala dan kegembiraan saudaramu itu???

No comments:

Post a Comment