Sunday, March 7, 2010

cinta; aku. Pt1

Cinta dan sayang sentiasa dibicara. Tak kira cintakan seorang kekasih, sayang pada kucing keluarga, pada ibu bapa, seorang isteri pada suaminya mahupun seorang suami kepada kekasih gelapnya. Walau apapun bentuknya, ia pasti dibicarakan oleh manusia di mana-mana. Tetapi sejauh manakah kebenaran dan erti cinta itu pada diri perbicara???

Kata kau- kau mencinta, tetapi sentiasa pula kau mengharap pasangan kamu yang bekorban, kenapa tidak kau sahaja yang bekorban Jika telah banyak kau korbankan demi cinta. kan patutnya ia dari hati, dengan keikhlasan yang diikuti juga dengan ganjaran pahala. Jadi bila telah jodoh mendatang kata dia bukan untuk kamu, kenapa perlu merayu, membenci, dan berpahit hati?? Sedangkan ketentuan tuhan adalah demi kebaikan kamu. Menyesal? kenapa bukankah segala yang berlaku itu ikhlas dan baik?? ataupun apabila berpasangan lupa pula kau dan dia tentang catitan pahala dan dosa dan kehadiran pihak ketiga??

dan jangan lupa, manusia tidak lari mengecewa dan dikecewa.... :)

NoteToMe:serious dah lame tak bertutur dan menulis bahasa Malaysia penuh dan formal macam nie;SPM kot last

No comments:

Post a Comment