Sunday, July 18, 2010

kerana me-repeat PPKP

Hari ini saya melalui PPKP.... ada 2 penceramah. Dan saya amat tertarik dengan penceramah yang ke-2 dari segi cara penyampaian ceramah dan juga attitude beliau; penuh karisma dan suka berdebat...

Salah satu bahagian dari percakapannya yang amat menarik perhatian adalah:
'Saya suka berdebat. Saya nak student saya berfikiran terbuka, kamu semua mahasiswa kan? mesti boleh debat dan berfikiran terbuka. Kalau takleh, baik tak payah masuk menuntut universiti, ikut arahan je, - tak tahu pun kenapa. Betul tak?'

Oh yeah.. i like.... ^,^
Betul betul... bila dah masuk universiti kita kenelah mempunyai perspektif yang berlainan dari 'standard' budak-budak sekolah. Buat dan bertindak semata-mata sebab cikgu suruh, tak pikir pun kenapa, yang pikir pun rasenye orang berjawatan ketua kelas dan pengawas je kot, yang lain cam lalalala..
Tapi sekarang dah masuk universiti, tak boleh camtu dah, kalau camtu memang banyak padahnya. Universiti nie dah macam pra-dewasa... Dimana dan bila kite kene mula berfikir akan ke-releven-an sesuatau perkara dan bersuara bila perlu....

Lagi satu, kalau kite tak boleh nak berfikiran terbuka, camne nak maju??
Tidak boleh bertolak ansur ngan pendapat orang lain, asyik nak kitaaaa je betul. Tak boleh, kite semua manusia, dan manusia itu memang penciptaanya memang tiada yang sempurna. Mesti akan ada buat salah dan silap-tinggal sedar x sedar je, dan itulah perlunya orang menegur kita, dan kita kene belajar menerima dan beri peluang dalam mempertimbangkan pendapat orang lain- barulah dapat orang mempertimbangkan hak kamu...

Disini, ingin saya bertanya, adakah kamu mahasiswa apabila maksudnya dirujuk pada konteks di atas??


No comments:

Post a Comment