Sunday, April 15, 2012

Got a prob with PTPTN?



Sarapan di Kedai Pak Ali makan soto
   perbincangkan hal berhutang sampai tua;
Sudah pening fikir kehabisan manifesto
   sekarang umpan dengan janji tanpa akal pula.

Sudah berhutang masih banyak berbicara
   esok tunggu saja pasti pintu disimbah cat;
Jika dilihat umurnya tidak lagi muda
   rupanya mentalitinya yang sudah terencat.

Adat dunia semua mahu berkereta
   mahu dimegah ke sini sana;
Ingin kerajaan tanggung semua
   aku bayar cukai kau buat belanja.

Dipandu kereta sampailah ke Klang
    bila isi petrol "Lima ringgit sahaja ya?";
Jika diikutkan hati semua mahu senang
    ikutlah akal; tiada ganjaran tanpa usaha.


No comments:

Post a Comment