Wednesday, April 25, 2012

jangan terlalu mudah berbicara

Lawak bila kau update hentam orang2 soal Islam, tetapi kau sendiri kiblat pun taktau.

Biarpun kawan aku tak lurus orangya, dia akur akan solat lima waktu.

Kau bukak mulut ingat bukak otak dulu, kalau dah takbur ego memang susah nak tolong sebab itu dah kategorinya bodoh sombong.

Kau bising awek kat dunia ni semua pakai seksi, sakit mata lah semua kejadah tapi last skali ko jgak couple pastu awek sendiri tak mampu nak provide kain yang mencukupi.

Seronok kau menyindir perempuan semua gedik2 dan murahan, kau tak ingat pulak tanggungjawab kau sebagai khalifah tapi kau asyik makan duit mak bapak tanam anggur kat umah.

Mulut tu kalau dah macam puaka ingatlah pekung di dada kau, sebab nanti datang kat sendiri terdiam kau, pastu emosional.

Aku maybe berpendapat liberal tapi aku sedar aku Islam, dan Allah s.w.t. itu lah dimana aku mengadu.

Sedarlah manusia buat salah, dan yang terbaik adalah mengaku dan taubat, bukan menegakkan benang yang basah.

Kau gaya update status fb dan bercakap macam kononya mufti tapi datangya realiti, nak buat menantu tak sempat nak pandang sebelah mata pun.

Sudahlah, tak payah lah kau nak berlagak dengan kata-kata sebab perbuatan kau dah menerangkan segalanya.

Ingatlah, hidup di dunia ni sementara sahaja, tinggi darjat di mata manusia, belum tentu pada Allah yang maha Esa.

No comments:

Post a Comment